Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam yang ada sekarang sebenarnya adalah bangunan baru yang dibina pada tahun 1983.Ia mula beroperasi pada 1.1.1984.Sebelum itu Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam adalah cawangan dari Sekolah Kebangsaan Tawar yang menggunakan bangunan Sek Arab Binjul Dalam.Sekolah cawangan berjalan selama 3 tahun iaitu bermula dari tahun 1981 hingga 1983.
Bangunan Sekolah Arab itu pula dibina pada tahun 1960 dan pada tahun 1962 ia mula berfungsi sebagai Sekolah Agama ( Arab ).Orang yang bertanggungjawab mengendalikan pendidikan di sini ialah Tuan Haji Saad bin Hashim bersama Shaari bin Awang dan rakan yang lain yang juga bertindak sebagai guru di situ.Antara mata pelajaran yang diajar ialah Agama,Bahasa Arab dan Matematik.Pada masa itu terdapat lebih kurang 56 orang murid dengan 3 buah bilik darjah.Pada sebelah petangnya pula diwujudkan kelas Al-Quran dan Tajwid.
Setelah berjasa selama lebih kurang 19 tahun,Sekolah Arab terpaksa ditutup atas beberapa sebab.Dengan itu bangunan sekolah tersebut telah dijadikan Sekolah cawangan Sekolah Kebangsaan Tawar.Apabila bilangan murid kian bertambah,Encik Shaari bin Awang bersama Guru Besar ketika itu Encik Abdul Rahman bin Awang Kechik berusaha untuk memohon mendapatkan atau membina Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam.Lebih kurang setahun berusaha,akhirnya terbinalah Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam yang ada sekarang dan bukan lagi sebagai SEkolah Cawangan SEkolah Kebangsaan Tawar.
No comments:
Post a Comment